Friday, 31 October 2014

Menyelusuri Sejarah Tentera Bergajah


Satu sejarah yang sangat bermakna bagi umat Islam, dan telah di rakamkan dalam Al Quran:

Di dalam Al Quran Allah ada menceritakan tentang kisah tentera bergajah dan juga burung Ababil. Tetapi perlu di ingatkan Al-Quran itu bukan cerita yang dibuat-dibuat tetapi Al-Quran itu menjelaskan segala sesuatu dan pada kisah-kisah tersebut terdapat pelajaran bagi orang yang berakal.

SURAH Al-Fil mengandungi lima ayat. Ia termasuk dalam kategori surah Makiyyah dan di turunkan selepas surah Al-Kafirun.

Hubungan surah ini dengan surah Al-Humazah ialah dalam surah Al-Humazah, Allah SWT menjelaskan bahawa harta tidak dapat menjauhkan daripada seksaan Allah SWT. Dalam surah ini Allah SWT menyatakan bukti tentang perkara di atas menerusi kisah tentera bergajah.

Abrahah merupakan seorang Raja yang angkuh, dia telah mendirikan sebuah gereja yang paling besar di Yaman yang dinamakan Al-Qulais.
Abrahah menghantar wakil-wakilnya ke seluruh suku kaum Arab untuk mengerjakan haji di gereja tersebut, padahal orang-orang Arab mengangungkan Kaabah, BaitulAllah. Hasilnya,
timbul kemarahan orang-orang Arab sehingga ada orang Arab yang pergi ke al-Qulais, membuang air besar dan menyapu najisnya pada dinding Al-Qulais. Dan tentu sekali Abrahah
marah akan tindakan itu.
Bermulalah sejarah tentera Abrahah dengan membawa gajah-gajah ingin menghancurkan Kaabah, tempat yang diagungkan suku kaum Arab itu. Abrahah dengan yakin akan kekuatan tenteranya untuk menyelesaikan misinya.
Apabila hampir tiba di Makkah, Panglima Abrahah telah merampas dan membawa balik kepada beliau binatang-binatang ternakan kaum Quraish dan merampas 200 ekor unta milik Abdul Mutalib (Datuk Nabi SAW) dan pergilah Abdul Mutalib menuntut haknya kepada Abrahah.

Abdul Mutalib, "Serahkan kembali milikku!".
Abrahah terkejut, kerana sangkaannya Abdul Mutalib ingin memohon agar Kaabah tidak diruntuhkan. Abdul Mutalib menyambung, "Unta-unta itu milik aku, dan Kaabah itu ada tuannya. Oleh itu serahkan semula unta-untaku. Kalau Kaabah itu rumah Tuhan, pasti Tuhan menjaganya. Kaabah ada Tuhan yang menjaganya!". Maka, Abrahah menyerahkan kembali unta-unta itu dan tidak menganggu penduduk Makkah.

Pada hari yang dirancang, Abrahah dan tenteranya ingin menuju terus ke Kaabah dan melunaskan hasrat mereka. Namun, gajah-gajah yang ditunggani tidak mahu bergerak apabila dihadapkan ke arah Kaabah. Jenuh di pukul dan di pukul gajah, tidak jua bergerak walau seinci.

Dan pada masa itulah kelihatan sekelompok awan bergerak menuju ke arah mereka, dan yang sebenarnya itu burung-burung Ababil yang membawa batu untuk dijatuhkan ke atas tentera Abrahah.

Bagi setiap batu kecil yang menimpa tentera Abrahah, akan menanggalkan daging-daging mereka. Satu persatu tentera dan gajah Abrahah gugur mati. Abrahah yang melihat keadaan itu mula berlari ke belakang, namun dia juga tidak terkecuali terkena bisa hujan batu yang hanya di bawa burung Ababil.Tubuh Abrahah telah menjadi sasaran anak-anak batu itu dan
dia menderita parah. Kerana itu ia telah dibawa keluar dari Makkah bersama-sama
tenteranya, sedangkan jari-jemarinya gugur sebatang demi sebatang sehingga sampai ke San'aa ibu kota Yaman. Beliau tidak mati sehingga dadanya berlubang menampakkan jantungnya. Tahun berlakunya peristiwa ini dinamakan Tahun Gajah.

Burung adalah sejenis binatang yang boleh terbang dan sentiasa berada di udara. Adakalanya mendarat di kawasan tempat tinggalnya. Di lihat dari sudut ketenteraan burung yang berpasukan-pasukan ini adalah sebuah tentera udara.Bagaimana pula tentera udara ini menghancurkan tentera darat? Dengan membawa batu yang terbakar iaitu sejenis bahan yang sememangnya boleh terbakar. Maka batu yang terbakar itu diumpamakan seperti bom. Jadi burung yang membawa batu terbakar itu adalah seperti jet yang membawa bom-bom.
Kisah tentera bergajah dan burung Ababil itu sememangnya kisah yang nyata di dalam Al-Quran.Sehingga di wahyukan dalam surah ke 105 iaitu Surah Al-Fiil. Tetapi kisah tersebut bukan setakat mati di situ sahaja sebagai cerita sejarah. Ia haruslah di ambil iktibar dan pelajaran. Maka apa pelajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah untuk mengalahkan tentera darat adalah melalui tentera udara! Allah Maha Besar. Allah itu Maha Berilmu. Allah sudah mengajarkan kepada umat Islam strategi ketenteraan lebih kurang 1400 tahun yang lampau.
Begitulah kisah Abrahah, dari seorang panglima perang yang menjadi Raja Yaman dan kemudiannya menjadi bongkak dan angkuh sehingga berani untuk menhancurkan Kaabah, rumah Allah. Tempat menunaikan haji dan umrah sehingga ke saat ini. Maha Suci Allah yang Merancang segala-galanya.
Pengajaran yang boleh diambil dari kisah tersebut, jika Allah SWT menghendaki membinasakan sejumlah besar tentera walau dengan seekor nyamuk sahaja, ia bukanlah suatu perkara yang mustahil bagi-Nya.
Ini mengandungi petunjuk yang lebih kuat terhadap kekuasaan Allah SWT dan kebesaran kekuasaan-Nya berbanding kebinasaan mereka yang disebabkan oleh burung-burung besar dan kejadian aneh yang boleh memusnahkan manusia.
Selain itu, ia juga menunjukkan kelemahan manusia dan kehinaannya di hadapan Allah SWT Yang Maha Kuasa. Sebabnya, mereka adalah makhluk yang dapat dibinasakan oleh seekor lalat, digigit nyamuk di tempat tidurnya dan ditimpa sakit oleh hembusan angin.
Perkara ini merupakan nikmat Allah SWT yang di limpahkan kepada penduduk Tanah Haram-Nya meskipun mereka penyembah berhala kerana melindunginya dengan kekuatan agama-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW meskipun Allah SWT menimpakan bencana kepada musuh-musuhnya iaitu tentera bergajah yang ingin menghancurkan Baitu Haram yang tidak berdosa itu.
Apabila dihayati kembali sejarah lalu dan dibawakankan pada rialiti dunia hari ini, sejarah mungkin berulang.
Dunia hari ini berhadapan dengan penindasan yang amat dahsyat, Umat islam di tindas oleh puak kuffar. Berlakunya pergolakan-pergolakan di negara-negara arab hari ini kerana kezaliman pemerintah yang cintakan pangkat dan kekayaan dunia sehinggakan nyawa rakyat tidak lagi berharga, anak kecil menjadi yatim piatu dan wanita menjadi balu, rumah-rumah ibadat orang Islam di musnahkan.
Persoalannya mengapakah kita di zaman ini dipermainkan sesuka hati oleh musuh Islam.
Mungkinkah kerana penyakit yang melanda umat hari ini yang terlalu cintakan dunia dan takut mati.
Kepada semua saudara seislam, jangan berhenti untuk terus mendoakan saudara-saudara Islam kita yang di tindas, kita tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk menolong mereka dan tidak mampu menjadi sukarelawan negara, tidak mampu juga untuk menyumbangkan wang berjuta. Tapi ingat saudaraku! Kita masih ada satu senjata iaitu doa kita untuk mereka.
Moga Allah menghantar pertolongannya sepertimana Allah menghantar tentera ababil yang memusnahkan bala tentera abrahah satu ketika dahulu.
Sesungguhnya agama islam adalah milik Allah dan Allah pasti akan memelihara kesucianya.
ولا تايئسوا من روح الله انه لا يايئس من روح الله الا القوم الكافرين

“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.”
Kemenangan islam pasti berlaku, janji Allah itu pasti…
 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung
Semenjak Neelofa membuat keputusan untuk berhijab, semakin ramai yang setia mengikuti perkembangan Neelofa. 19 Julai ini, Neelofa mengadakan majlis berbuka puasa dan juga terawih. Semakin hari semakin berseri air muka Neelofa. Alhamdulillah.
 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

 ( Gambar) Neelofa Yang Semakin Menawan Bertudung

Wednesday, 29 October 2014

KHALID AL-WALID  ra.
Pedang Allah
Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'
Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.
Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.
Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"
Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan   berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".
Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"
Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.
George  bertanya : "Wahai   Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"
George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"
Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"
Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"
George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"                      
George  berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"
Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut !   Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW

Saturday, 25 October 2014

homestay kampung gajah











lokasi
1.kampung gajah...
2.berdekatan pasir salak n litar kg gajah...
3.800m dari pekan kg gajah..
4.28 km ke teluk intan,30km ke bota,45km ke batu gajah,55km ke ipoh

kemudahan
1.sheel
2.petronas
3.bank bsn,agro bank n bank islam
4.kedai runcit
5.pejabat daerah

kemudahan homestay..(2 bilik,1 bilik air,air con satu bilik)
1.tv
2.kerusi
3.meja
4.set bilik tidur katil twin setiap bilik
5.peti ais
6.dapur gas
7.set pinggan mangkuk,sudu,senduk n cerek,

utk tempahan
asmah 0194085416

like facebook https://www.facebook.com/homestay.kg.gajah/timeline


assalamualaikum...blog baru saya tubuhkan bertujuan untuk mempromosikan homestay mak saya..
saya pn x pandai sgt utk semua ni...pelan2 saya belajar...